PANDANGAN DAN PENDAPAT  (Muka 2)

SEJARAH MASYARAKAT MELAYU MODEN

         Penyunting:  Khoo Kay Kim


KEMUNCULAN SISTEM PENDIDIKAN PONDOK

Tulisan:  Abdul Halim Ahmad

Pondok yang pertama didirikan di Kelantan dipercayai ialah pada tahun 1820 oleh Tuan Guru Haji Abdul Samad bin Abdullah  Beliau menyampaikan ajaran agama Islam di Pulai Chondong yang letaknya di jalan Kuala Krai  28 kilometer dari Kota Bharu  Beliau telah mendapat didikan awalnya di Pattani dan kemudiannya terus melanjutkan pelajarannya ke Mekah.

Haji Abd Samad yang dikenali dengan nama Tok Pulai Chondong telah menjadi pelopor di dalam memperkenalkan sistem pendidikan yang bercorak pondok di Kelantan  Beliau telah mewakafkan tanahnya untuk dijadikan tempat murid-muridnya mendirikan pondok  Beliau telah mendirikan sebuah masjid untuk dijadikan tempat pengajaran  Di samping masjidnya itu didirikan sebuah menara yang ditebuk daripada batang chengal

Tok Pulau Chondong mula mengajar terdahulu sedikit daripada Haji Yaakub yang mengajar di Kota Bharu  Bezanya ialah Haji Yaakub tidak memperkenalkan corak penempatan yang berbentuk pondok sedangkan Tok Pulai Chondong telah mengalakkan murid-muridnya mendirikan pondok untuk tempat tinggal  Murid-muridnya telah bertambah ramai sehingga terdapat mereka yang datang dari Kampar Sumatra dan juga Kampuchea selain daripada Pattani dan negeri-negeri di Semenanjung  Bilangtan itu telah bertambah ramai ketika puteranya iaitu Tuan Haji Muhammad Arshad menyambung tugasnya sebagai guru agama di situ  Pada tahun 1880 murid-muridnya meningkat kepada hampir 500 orang   Di antara muridnya yang terkenal ialah Tok Kemuning yang kemudiannya membuka pondoknya di Kemuning  Machang,  pada awal abad ke-20

Perkembangan pondok di Pulai Chondong yang begitu pesat pada abad ke 19 itu telah pudar setelah Tuan Guru Haji Muhammad Arshad meninggal dunia  Ini adalah kerana tidak ada orang yang terus menyambungkan usaha yang dipelopori oleh Tik Pulai Chondong  Sungguhpun terdapat murid-murid yang berkebolehan  mereka kembali ke tempat-tempat masing-masing dan membuka pondoknya yang tersendiri.

 MALAY EDITION >>>>                                                                                                                           PANDANGAN & PENDAPAT >>>>

This free website was made using Yola.

No coding skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola