SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN

Lamanweb ini ialah mengenai satu kawasan desa di Malaysia  -  PULAI CHONDONG  -  di negeri Kelantan.  Saudara akan diperkenalkan kepada kawasan ini  -  masyarakatnya,  ekonominya,  program pembangunannya dan pelbagai lagi.   Tetapi yang penting sekali saudara akan dapat mengenali sejarah,  warisan,  kebudayaan,  dan khasnya mengenai insan yang bertanggungjawab dan terlibat dalam 'kelahirannya.'

TOK PULAI CHONDONG atau HAJI ABDUL SAMAD bin FAQIH HAJI ABDULLAH ialah insan yang sedang kita bincangkan.   Melalui lamanweb ini, saudara akan mengenali insan ini  -  corak kehidupannya,  pemikirannya,  strateginya,  falsafahnya,  kualiti kepimpinannya,  kebolehan istimewanya,  dan tidak ketinggalan penglibatannya mengembangkan ajaran agama Islam dan juga usaha serta ikhtiarnya membawa ilmu dan pendidikan kepada masyarakatnya.

TOK PULAI CHONDONG adalah seorang insan istimewa.  Lamanweb ini ialah mengenainya dan peranannya membawa satu kehidupan baru kepada kawasan desa ini.

Tetapi sebelum itu,  kita lihat dulu dari dekat PULAI CHONDONG  -  kawasan yang dimaksudkan.   Kita lihat bagaimana ianya diwujudkan dan bagaimana Haji Abdul Samad diberi panggilan TOK PULAI CHONDONG.  Semua ini akan kita muatkan di dalam lamanweb ini  -  POHON PULAI.  Saudara mungkin ingin tahu mengapa kawasan desa ini diberinama sempena sepohon pokok  -  Pohon Pulai.

Ikutilah perkembangan lamanweb ini,  dan saudara akan mendapat jawapannya.   Sementara itu kami ingin mengucapkan  'SELAMAT DATANG' ke lamanweb kami.    Terima kasih.

MAKLUMAN  Terbaru

Di muka hadapan lamanweb ini telah kami letakkan saluran YouTube.  Melaluinya saudara akan dapat menyaksikan gambaran kisah-kisah yang berkaitan dengan Pulai Chondong.  Kami harap saudara akan mendapat manfaat dan faedah darinya,  sambil merapatkan lagi hubungan dengan kawasan Pulai Chondong dan masyarakatnya.

 PROGRAM MEMPERINGATI TOK PULAI CHONDONG Terbaru

Beberapa program sedang dirancang untuk dilaksanakan,  dalam masa terdekat,  sebagai satu usaha memperingati pengasas Pulai Chondong,  Tuan Haji Abdul Samad bin Faqih Haji Abdullah atau Tok Pulai Chondong.

Antara program-program tersebut ialah:

  • Seminar atau Simposium yang bertujuan membicara dan membentangkan kertas-kertas kerja atau hasil kajian yang menumpukan perhatian kepada riwayat hidup,  falsafah,  pimikiran, penglibatan Tok Pulai Chondong dalam bidang-bidang keagamaan,  pendidikan,  kemasyarakatan dan seumpamanya.
  • Pameran yang akan mempamerkan hal-hal berkaitan dengan Tok Pulai Chondong,  dan lain-lain tokoh seangkatan dengannya di Negeri Kelantan.
  • Kajian dan Penyelidikan yang akan mengumpul bahan-bahan atau tulisan mengenai Tok Pulai Chondong.
  • Penerbitan Buku atau Buku Kecil yang menumpukan perhatian kepada riwayat hidup Tok Pulai Condong,  falsafahnya,  pemikirannya,  penglibatannya dalam bidang keagamaan, pendidikan dan kepimpinan.
Selain dari itu,  sedang dirancang juga penerbitan satu program dokumentari televisyen mengenai tokoh ini.  Kerja-kerja penyelidikan dan mengumpul bahan sedang pun dilaksanakan.

Perkembangan-perkembangan terkini mengenai program yang sedang dirancang ini akan dimaklumkan kepada saudara melalui lamanweb ini.

LATARBELAKANG SEJARAH DAN SOSIAL

Allahyarham Haji Abdul Samad dilahirkan pada akhir zaman pemerintahan Long Yunus (TM 1762 - 1794)  dan meninggal dunia pada akhir zaman pemerintahan Sultan Muhammad II atau lebih terkenal dengan Sultan Mulut Merah  (TM 1838 - 1886).

Pada permulaan zaman Sultan Muhammad II iaitu pada masa Haji Abdul Samad mencapai penuh kedewasaan,  negeri Kelantan dalam peperangan saudara kerana merebut takhta kerajaan negeri Kelantan.  Setelah selesai peperangan,  baginda Sultan menjalankan pemerintahan dengan aman dan menurut betul-betul hukum agama Islam  dan  sistem pentadbiran negeri Kelantan dikatakan bertambah-tambah teratur dari semasa kesemasa.  Kehidupan rakyat Kelantan ketika itu diceritakan dengan detail oleh Munsyi Abdullah yang kebetulan melawat Kelantan pada TM 1838.

Pulai Chondong letaknya 19 batu dari Kota Bharu,  Jalan Kota Bharu-Kuala Krai.  Mukim Pulai Chondong pada awal abad kesembilan beas hingga akhir abad kesembilan belas meliputi seluruh Daerah Pulai Chondong sekarang ini.   Perhubugan antara Pulai Chondong dengan Kota Bharu boleh dibuat dengan menaiki gajah melalui hutan  rimba yang tebal atau dengan melalui Sungai Kelantan.  Jalanraya dibuka dengan banyaknya pada masa pemerintahan Sultan Muhammad III  (TM 1889 - 1890)  dan sampai ke Kuala Krai pada tahun 1908.

Corak pendidikan yang ada pada pertengahan hingga akhir abad kesembilan belas ialah pendidikan secara pondok atau madrasah.  Perkara-perkara yang diajar ialah mengaji Quran,  hukum-hukum agama dan doa sembahyang.   Bilangan orang yang tahu menulis amatlah kurang.  Sungguhpun ada anak-anak raja dan anak-anak orang besar-besar yang ingin belajar membaca dan menulis tetapi tidak dapat kerana ketiadaan guru.


Dipetik dari  'RIWAYAT HIDUP HAJI ABDUL SAMAD BIN FAQIH HAJI ABDULAH    (Tok Pulai Chondong)'.    Susunan HAJI ABDUL SAMAD BIN MAHMUD. Generasi Keempat.                                                                                    

JUMLAH  PELAWAT

FOTO PILIHAN

 Masjid Tua Pulai Chondong

 

 

 BAHAN TERBARU

  • Klik Di sini Tok Pulai Chondong Ulama Sufi Berwibawa Kelantan - Oleh Wan Mohd Shaghir Abdullah 
  • Klik Di sini Tok Pulai Chondong Tokoh Ulama Nusantara - Oleh Haspaizi Mohd Zain
  • Klik Di sini  Kemunculan Sistem Pendidikan Pondok  -  Tulisan Abdul Halim Ahmad.  Disunting oleh Prof Khoo Kay Kim

 

 FAKTA MENARIK

Kawasan Pulai Chondong:

  • Jumlah Penduduk:    17,862
  • Jumlah Mukim:     8
  • Luas Kawasan:     54.98 km sq

 

 

 Copyright 2010 EPC Technologies.  All rights reserved.   Webmaster Mohd Affif 

This free website was made using Yola.

No coding skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola