KISAH BERKAITAN

KISAH-KISAH BERKAITAN TOK PULAI CHONDONG

Oleh  Ismail Che Daud

Dari buku  ‘TOKOH-TOKOH ULAMA’ SEMENANJUNG MELAYU (1),  Terbitan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Sesungguhnya amalan yang mencukupi syarat itu berkat.  Dengan sebab itu tidak hairanlah jika Tuan Haji Abdul Samad dikatakan mempunyai beberapa keistimewaan yang mencarikkan adat, misalnya:

  •       Pada suatu ketika  (semasa berada di Makkah)  beliau ‘pulang’ mengambil buah durian di Kelantan.  Dalam masa 2 jam itu juga sudah berada semula di hadapan gurunya,  sedangkan tempoh pelayaran biasa zaman itu adalah tidak kurang dari empat bulan.

  • .      Pada saat-saat tertentu tidak kelihatan di Pondok Pulai Chondong.  Kononnya orang-orang Jawi di Makkah ada melihatnya bersembahyang di Baitullah.

  •       Batang kayu besar (untuk membina surau) yang tidak terdaya diusung oleh orang ramai,  akan menjadi ringan apakala beliau naik duduk di atasnya.

  • .      Kelapa yang ditanamnya tidak dimakan tupai.

Ahli sufi ini juga arif dalam ilmu falak dan ilmu firasat.  Beliaulah yang menunjuk dan menetapkan tapat menara bersejarah itu.  Sepertiga bahagian daripada batang tiang paksinya dibenamkan ke dalam perut bumi.  Lubang tiang tersebut dapat digali tanpa gangguan mata air walaupun berdekatan dengan perigi surau.

Anak buahnya pernah diber amaran tentang kemungkinan berlakunya ribut taufan  Sungguhpun begitu bencana alam yang telah melanda hampir-hampir seluruh Kelantan itu gak terlewat dari jangkaan.  Peristiwa ‘angin besar’  yang dimaksudkan berlaku tujuh tahun selepas kematiannya,  yakni mulai petang Ahad 11 Zulhijjah 1297 (bersamaan 14 November 1880).  Kata orang tua-tua,  dari semenjak itu hingga sekarang belum ada lagi taufan seumpamanya yang melanda negeri Kelantan.

Haji Abdul Samad bukan sahaja alim dalam ilmu-ilmu keagamaan,  malah muslihat keduniaan pun diceburi sama.  Ini ternyata apabila terakam beberapa kejadian yang menggambarkan ketangkasannya dalam ilmu keperwiraan,  seperti mampu melompat dan melenting naik ke atas bumbung yang tinggi-tinggi;  bertikam ‘dalam kain sarong’ tujuh hasta luasnya,  iaitu ketika menentang Tok Samat Pendekar.  Guru silat lawannya membahasa Tok Pulai Chondong sebagai ‘Adik Haji’ yang menunjukkan bahawa Tok Samat itu lebih tua daripada Haji Abdul Samad.

 

This free website was made using Yola.

No coding skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola